DAMSYIK: Syria bakal mengadakan pilihan raya parlimen tidak langsung pada 5 Oktober, yang pertama sejak kejatuhan bekas presiden Bashar al-Assad, namun proses ini mencetuskan kebimbangan mengenai sejauh mana pemerintah baru benar-benar inklusif dan mewakili semua lapisan rakyat.
Pilihan raya ini bakal diadakan ketika Presiden sementara Encik Ahmed al-Sharaa berusaha mengukuhkan kuasa selepas 14 tahun perang saudara yang meranapkan negara itu...





