GAZA: Hamas dijangka menyatakan pendiriannya tidak lama lagi berhubung cadangan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, untuk menamatkan perang hampir dua tahun melibatkan Israel di Gaza.
Ahli biro politik Hamas, Encik Mohammed Nazzal, memberitahu Al Jazeera bahawa perbincangan dalaman sedang berlangsung bagi meneliti pelan itu, dengan tumpuan utama menghentikan serangan Israel.





