Syarikat telekomunikasi, Optus, menegaskan komitmen bagi memulihkan keyakinan orang ramai dan akur akan tanggungjawabnya dalam sistem panggilan darurat negara, kata pengerusinya, Encik John Arthur, dalam satu kenyataan pada 30 September.
Dalam satu usaha memperbaiki reputasinya dan meraih semula kepercayaan rakyat Australia, Optus telah melantik firma perundingcara sejagat, Kearney, bagi menyediakan khidmat pemantauan bebas terhadap rangkaian mudah alihnya, susulan gangguan perkhidmatan...





