Gadis 13 tahun yang dilaporkan hilang pada 28 September sudah ditemui dan kini berada di Kompleks Polis Cantonment untuk disoal siasat.
Ibunya, Cik Siti Nadiya Mohamed Latiff, 37 tahun, menghubungi Berita Harian (BH) sejurus mendapat tahu anaknya, Sofea Adrianna Mohammad Aidil, dalam keadaan selamat.





