JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kini melangkah ke tahap baru dengan peningkatan ketara dari segi keselesaan pesakit dan kelancaran operasi selepas berjaya menerima lebih 1,000 buah katil baru hasil sumbangan pelbagai pihak.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata jumlah itu melepasi sasaran asal 969 buah katil, dengan 830 daripadanya telah dihantar...





