JAWA BARAT: Lebih 1,000 murid di wilayah Jawa Barat, Indonesia, dilaporkan mengalami keracunan makanan minggu ini selepas menikmati hidangan percuma sekolah, sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai keselamatan program makanan percuma bernilai berbilion rupiah yang menjadi projek utama Presiden Prabowo Subianto.
Gabenor Jawa Barat, Encik Dedi Mulyadi, mengesahkan pada 25 September bahawa kejadian keracunan itu berlaku di empat kawasan berbeza di...





