Singtel memohon maaf selepas gangguan rangkaian yang menjejas anak syarikatnya, Optus, mengakibatkan tiga kematian di Australia.
Dalam kenyataan yang diterbitkan di Bursa Singapura pada 24 September, Ketua Eksekutif Kumpulan Singtel, Encik Yuen Kuan Moon, berkata syarikat telekomunikasi itu sedang bekerjasama dengan lembaga pengarah dan pihak pengurusan Optus untuk menyiasat kejadian itu secara menyeluruh dan “mengelakkan sebarang kejadian berulang pada masa...





