HUALIEN, Taiwan: Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban manakala 124 lagi dilaporkan hilang di daerah Hualien, timur Taiwan, selepas sebuah tasik tebatan di pergunungan pecah akibat hujan lebat ketika taufan melanda.
Sejak 22 September, Taiwan dibadai hujan dan angin kencang dari lingkaran luar Taufan Ragasa, yang kini bergerak menuju pantai selatan China dan pusat kewangan Asia, Hong Kong.





