JOHOR BAHRU: Sektor pelancongan kesihatan di Johor terus menunjukkan perkembangan positif apabila nilai perkhidmatan perubatan yang dicatat meningkat 15 peratus bagi separuh pertama 2025 berbanding tempoh sama pada 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata negeri itu merekodkan pendapatan RM48.55 juta ($14.85 juta) daripada sektor pelancongan kesihatan setakat suku kedua 2025, berbanding RM42.08 juta...





