Kanak-kanak pelarian Palestin dari Gaza kini berpeluang meneruskan pendidikan mereka, menerusi dana yang diperuntuk untuk membiaya unit pendidikan bergerak hasil sumbangan terbaru dari Singapura.
Palang Merah Singapura berkata pada 21 September bahawa ia telah menyerahkan bantuan bernilai kira-kira $1.2 juta kepada Bulan Sabit Merah Mesir dalam sumbangan terbarunya untuk membantu menangani krisis tersebut.





