Singapura dan Mesir merancang untuk meneroka Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) bagi memanfaatkan lokasi strategik kedua-dua negara serta kekuatan masing-masing yang saling melengkapi.
Presiden Tharman Shanmugaratnam, dan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, bersetuju langkah ini diambil pada masa yang sesuai, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 21 September.





