WASHINGTON: Sekumpulan senator Amerika Syarikat yang diketuai Parti Demokrat pada 18 September memperkenalkan ketetapan pertama di Senat untuk menggesa pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin.
Usaha itu menandakan perubahan ketara dalam sentimen politik Washington terhadap Israel ketika perang dengan Hamas di Gaza menghampiri tempoh dua tahun.





