LONDON: Britain akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi hujung minggu ini, selepas Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump – yang menentang keputusan itu – meninggalkan United Kingdom pada akhir lawatan negaranya, lapor akhbar Times.
Perdana Menteri Encik Keir Starmer memberi amaran pada Julai bahawa Britain akan mengambil langkah mengiktiraf negara Palestin kecuali Israel bertindak untuk melegakan penderitaan di Gaza dan...





