Mulai Oktober, individu yang telah diberi amaran, didakwa, disabit kesalahan atau sedang disiasat kerana kegiatan keldai wang mungkin akan dihalang daripada mendaftar talian telefon baru, serta disekat daripada mengakses perkhidmatan perbankan dan pengesahan identiti kebangsaan.
Langkah baru itu adalah sebahagian daripada usaha bersepadu Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Agensi Teknologi Pemerintah...





