Beberapa pengguna tren di stesen MRT Raffles Place terkejut apabila melihat air bocor dari beberapa panel siling pada pagi 17 September.
Dalam gambar dan hantaran di platform media sosial Reddit dan forum teknologi HardwareZone, pengguna tren yang menyaksikan kejadian tersebut, yang berlaku sekitar 9 pagi, menggambarkan “bunyi hujan yang kuat” ketika mereka turun dari tren Laluan Utara-Selatan (NSL) ke platform...





