KOTA KINABALU (Sabah): Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menjadi mangsa terakhir kejadian tanah runtuh dan banjir buruk yang ditemui di Sabah, menjadikan keseluruhan setakat ini 14 korban direkodkan akibat tragedi itu di negeri berkenaan sejak 12 September.
Mayat mangsa, Kemiey Asphereynda Benny, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas 18 jam operasi pencarian iaitu pada 8.45 malam 15...





