LONDON: Semakin banyak universiti dan badan akademik antarabangsa memutuskan hubungan dengan institusi pengajian tinggi Israel berikutan dakwaan keterlibatan mereka dalam tindakan ketenteraan dan dasar pemerintah Israel terhadap rakyat Palestin.
Pergerakan ini, yang semakin mendapat momentum sejak 2024 mencerminkan keresahan mendalam komuniti akademik global tentang kaitan antara universiti Israel, tentera, dan dasar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor The Guardian.





