Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memberi penghormatan kepada mereka yang telah mempertahankan Singapura, serta golongan perintis yang membangunkan negara ini, sempena ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua di sini.
“Tatkala kita memperingati 60 tahun kemerdekaan, kita mengenang dan memberi penghormatan kepada semua yang mempertahankan Singapura, serta golongan perintis yang mengharungi perang dan membangunkan semula tanah air kita daripada kehancuran,”...





