PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara, kata Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli.
Tanpa mendedahkan tarikh mula penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar itu, beliau berkata keutamaan JPJ ketika ini ialah melaksanakan advokasi (nasihat) pemakaian tali pinggang keledar antaranya melalui kempen ‘Klik Sebelum Gerak’.





