Perkhidmatan penghantaran ubat secara percuma yang diperkenalkan Kerajaan Johor sejak 2024 kini mencatat perkembangan ketara apabila jumlah pengguna meningkat daripada 6,000 orang kepada 20,000 pesakit.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata inisiatif itu terbukti memberi kemudahan besar kepada pesakit kerana mereka tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter, bersusah payah ke hospital atau klinik,...





