DOHA: Encik Khalil Al-Hayya, tokoh kanan Hamas yang terselamat daripada serangan udara Israel di Doha pada 9 September kini dilihat sebagai antara pemimpin paling berpengaruh dalam gerakan itu selepas kematian beberapa tokoh utamanya pada 2024.
Menurut pegawai Israel kepada agensi berita, Reuters, serangan itu menyasarkan kepimpinan tertinggi Hamas termasuk Encik Al-Hayya, yang merupakan ketua perunding utama dan pemimpin buangan Gaza.





