LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer bertemu dengan Presiden Penguasa Palestin Mahmud Abbas pada 8 September di London, ketika Britain semakin hampir mengiktiraf negara Palestin.
Mereka membincangkan “keperluan untuk penyelesaian segera bagi menamatkan penderitaan dan kebuluran yang mengerikan” di Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas, kata jurucakap pejabat Downing Street Encik Starmer dalam satu kenyataan.





