Dengan diskografi tujuh album dirakam sejak 1994, penyanyi serta pelakon, Amy Mastura, masih belum merancang mementaskan konsert solo termasuk persembahan berskala kecil atau ‘showcase’.
Biarpun ketika ini, ada rakan seangkatan mula mengambil langkah membuat kemunculan semula melalui konsert, Amy atau nama sebenarnya, Amy Mastura Suhaimi, 54 tahun, berasakan sudah tiba waktu beliau memperlahankan kerjaya muzik.





