PHNOM PENH/BANGKOK: Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Manet, menyampaikan ucapan tahniah kepada Encik Anutin Charnvirakul, atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32, sambil menzahirkan keyakinan hubungan dua hala akan kembali pulih selepas beberapa tahun dilanda ketegangan.
Dalam mesej rasmi yang dihantar ke Bangkok pada 7 September, Encik Manet, menyifatkan kemenangan Encik Anutin sebagai “gambaran kepercayaan kukuh terhadap kepimpinannya”.





