Singapura perlu terus memperkukuh keupayaan rakyatnya untuk mematahkan ancaman dalaman dan luaran baru, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Menurutnya, ancaman sedemikian kini melebihi kekuatan tentera dan merangkumi anasir luar seperti pihak asing yang cuba mempengaruhi pandangan awam bagi menyokong agenda sendiri di media sosial, sekali gus berupaya memecah belah masyarakat.





