Anggota Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang dijangka memainkan peranan lebih besar dalam meneliti dasar pemerintah dan bersuara untuk rakyat Singapura di tengah-tengah dunia yang tidak menentu ini, kata Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh.
Encik Pritam, yang memimpin Parti Pekerja (WP), berkata demikian di pembukaan Parlimen Ke-15 Singapura pada 5 September, semasa beliau memberi ucapan tahniah kepada Encik Seah...





