Terdapat keperluan untuk menggembleng pendekatan dan sumber masyarakat demi memenuhi keperluan golongan yang berlainan, terutamanya dalam landskap yang telah berubah hari ini, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Untuk melakukan demikian, beliau telah mendekati masyarakat Melayu/Islam sebanyak mungkin sejak memegang jawatan selaku pemangku menteri pada Mei untuk mendengar keprihatinan mereka dan mendapatkan...





