Kerajaan Johor menegaskan tidak akan bertolak ansur dalam menangani isu ajaran sesat yang tular di Parit Raja, Batu Pahat, kerana ia menimbulkan keresahan masyarakat dan boleh menggugat akidah umat Islam di negeri itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan segera melaksanakan siasatan serta tindakan penguatkuasaan...





