Lion City Sailors mencipta sejarah pada 28 Ogos apabila menjadi pasukan pertama dari Singapura yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (AWCL).
Pasukan Sailors hanya memerlukan kemenangan ke atas tuan rumah Kelana United untuk mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan C dalam pusingan kelayakan.





