MINNEAPOLIS (Amerika Syarikat): Seorang penyerang yang bersenjatakan tiga pistol telah melepaskan tembakan melalui tingkap kaca berwarna ke dalam sebuah gereja Katolik, tempat pelajar sekolah menghadiri upacara keagamaan pada 27 Ogos, membunuh dua kanak-kanak dan mencederakan 17 lain, kata pegawai.
Menurut Ketua Polis Minneapolis, Amerika Syarikat, Encik Brian O’Hara, suspek yang dikenali sebagai, Robin Westman, 23 tahun, kemudian “membunuh dirinya sendiri”...





