Anugerah Guru Arif Budiman, yang kini memasuki edisi ke-17, mengiktiraf guru Bahasa Melayu yang memberi inspirasi bukan sahaja dalam mendidik, tetapi juga dalam membentuk peribadi pelajar seiring cabaran abad ke-21.
Anugerah ini akan diberikan dalam dua kategori — Perangsang (bagi guru dengan kurang daripada 10 tahun perkhidmatan) dan Teladan (10 tahun atau lebih).





