Dua perjanjian pelaburan dua hala dengan Côte d’Ivoire dan Nigeria telah berkuat kuasa, manakala lima perjanjian kerjasama telah ditandatangani pada 26 Ogos di Forum Perniagaan Afrika Singapura kelapan, yang dianjurkan Enterprise Singapore (EnterpriseSG).
Singapura juga sedang merundingkan perjanjian pelaburan dua hala dengan Ghana dan berharap menyelesaikan perbincangan tidak lama lagi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Cik Grace Fu, lapor...





