Kalau sudah namanya penyanyi ‘otai’ (orang lama atau old-timer) dengan sajian lagu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, tiada yang boleh menafikan kehebatannya menggegarkan pentas.
Begitulah yang saya rasakan apabila berpeluang menonton penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, beraksi di atas pentas melalui Konsert Irama Perjuangan, anjuran Persatuan Ain dan D’Star Management, pada 23 Ogos di...





