KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata satu pertemuan secara langsung dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, akan menjadi “cara ke depan paling berkesan” di tengah-tengah percubaan diplomatik yang terhenti untuk menamatkan perang antara dua negara itu.
Pada masa sama, Ukraine melancarkan serangan dron ke atas Russia, mencetuskan kebakaran di sebuah loji tenaga nuklear sedang rakyat Ukraine merayakan hari kemerdekaan...





