Sambutan perayaan Hari Kebangsaan baru-baru ini menjadi satu titik bersejarah bagi suri rumah, Cik Nur Amalina Mohamed Ismail, 34 tahun yang tidak menyangka akan melahirkan anaknya di ruang tamu rumah sendiri gara-gara tidak sempat ke hospital.
Kelahiran mendadak itu disambut oleh suaminya, Encik Dzukri Bachtiar Mohammed Zulkifli, 40 tahun, dengan pertolongan jiran sebelah rumah mereka, Cik Latashni Gobi Nathan, 35...





