Ketika Singapura bersiap sedia untuk menampung keperluan negara yang semakin menua, lebih banyak usaha diperlukan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat umum, terutama golongan muda, tentang cabaran yang kerap dihadapi warga emas.
Daripada memastikan warga emas tidak berasa sunyi tatkala hidup bersendirian, kepada menggalak mereka melibatkan diri dalam kegiatan sosial – orang ramai, apatah lagi jiran tetangga, memainkan peranan penting...





