Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, telah melawat seorang murid berusia 10 tahun yang menjadi mangsa kes buli hingga mengalami kecederaan serius di kepala.
Lawatan itu turut disertai oleh anaknya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail, yang sama-sama menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa serta keluarganya.





