Pemaju perumahan di Johor digalak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyediakan kemudahan masyarakat seperti dewan terbuka, tadika, taman permainan dan surau bagi menyokong agenda pembangunan mapan kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata usaha itu telah dibincangkan bersama pemaju dan kini mula menjadi syarat dalam penilaian pelan reka bentuk oleh Jawatankuasa...





