BAITULMAQDIS: Menteri Kewangan Israel yang berhaluan kanan, Encik Bezalel Smotrich, meluluskan pelan pembinaan penempatan baru di kawasan strategik E1 yang menghubungkan Baitulmakdis Timur dengan penempatan haram Maale Adumim di Tebing Barat, langkah yang dikatakan pejabatnya akan “menguburkan idea pembentukan negara Palestin.”
Tidak jelas sama ada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyokong pelan ini, yang telah dibekukan sejak 2012 akibat bantahan Amerika...





