Syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel, mencatat keuntungan bersih sebanyak $2.9 bilion bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Jun 2025, meningkat 317.4 peratus berbanding $690 juta bagi suku pertama 2024.
Keuntungan yang melonjak itu dicapai hasil keuntungan luar biasa sekitar $2.2 bilion yang diraih Singtel, sebahagian besarnya daripada penjualan sebahagian pegangan saham dalam syarikat telekomunikasi India, Airtel, dan penggabungan syarikat Intouch-Gulf...





