Rancangan Kabinet Keselamatan Israel bagi meluaskan operasi ketenteraan mereka di Gaza tindakan berbahaya dan tidak dapat diterima, serta amat membimbangkan Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 10 Ogos.
Menurut MFA, tindakan sedemikian “tidak dapat diterima kerana akan menyebabkan lebih ramai orang awam dipindahkan secara besar-besaran serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sememangnya sudah parah”.





