JOHOR BAHRU: Polis menahan enam individu dan merampas pelbagai peranti serta cecair rokok elektronik atau ‘vape’ bernilai lebih RM1.2 juta ($363,964) dalam operasi bersepadu di beberapa daerah di Johor pada 6 Ogos lalu.
Selain daerah ini, operasi bersepadu yang turut dijalankan bersama beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan (KKM) Cawangan Batu Pahat dan Johor Bahru itu...





