Sentimen perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan pengilangan Singapura kini lebih positif, walaupun kebanyakan syarikat masih berhati-hati di tengah-tengah ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan tarif yang masih berterusan.
Menurut Tinjauan Jangkaan Perniagaan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan pada 31 Julai, sebanyak 17 peratus syarikat berasa optimis mengenai keadaan perniagaan bagi tempoh Julai hingga Disember, manakala 15 peratus syarikat berasa pesimistik.





