Kedudukan bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri negara serta memupuk keharmonian antara kaum, dan pemerintah kekal komited menyokong pembangunan bahasa serta budaya Melayu di Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Berucap semasa pelancaran Bulan Bahasa 2025 yang diadakan di Mediacorp, Encik Wong berkata kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melambangkan warisan budaya dan sejarah yang dikongsi...





