PHNOM PENH Walaupun tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen muncul semula sebagai watak dominan dalam konflik sempadan terbaru dengan Thailand, mencerminkan pengaruh berterusannya dalam politik negara dan rantau ini.
Krisis yang tercetus 24 Julai lalu menyaksikan pertempuran sengit di sepanjang sempadan 817 kilometer yang belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara. Ketika konflik memuncak dan artileri Kemboja didakwa...





