Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasar nilai dolar Singapura selepas ekonomi mencatat prestasi kukuh yang tidak dijangka dalam separuh pertama 2025, walaupun menghadapi kesan tarif Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.
MAS turut mengekalkan ramalan inflasi teras bagi 2025 – yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan privet untuk menggambarkan perbelanjaan isi rumah dengan lebih baik – pada 0.5 peratus...





