Pemenang Piala Dunia, bekas penolong jurulatih Liga Perdana England (EPL) dan bekas pemain Liverpool serta pemenang Liga Juara-Juara adalah antara calon bagi jawatan ketua jurulatih pasukan Singapura.
Menurut laporan The Straits Times, lebih 60 calon telah menyuarakan minat mereka untuk melamar jawatan tersebut sejak jurulatih warga Jepun, Tsutomu Ogura, undur diri pada 24 Jun.





