MANILA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan bahawa Amerika telah mencapai perjanjian dengan Filipina yang menetapkan tarif sebanyak 19 peratus terhadap eksport negara tersebut, menjelang tarikh pelaksanaan 1 Ogos.
Encik Trump pada asalnya mengenakan kadar 17 peratus untuk Filipina pada April, yang kemudian ditangguhkan untuk memberi ruang bagi rundingan. Beliau juga mengancam untuk menaikkan kadar itu kepada 20 peratus...





