KUALA LUMPUR: Seramai 35,446 individu di Malaysia hilang pekerjaan sepanjang tempoh Januari hingga 4 Julai lalu, susulan penutupan operasi kilang dan syarikat di seluruh negara itu.
Menteri Sumber Manusia, Encik Steven Sim, berkata jumlah itu adalah berdasarkan data direkodkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).





