KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kedatangan seramai 16.9 juta pelancong antarabangsa dari Januari hingga Mei 2025, meningkat 20 peratus berbanding tempoh sama pada 2024, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).
Menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Julai, Motac memaklumkan hampir separuh daripada jumlah itu membabitkan pelancong dari negara jiran, Singapura, yang merekodkan 8.34 juta ketibaan. Ini diikuti dengan Indonesia...





